A.Pendahuluan
Manusia adalah tempat salah dan lupa, ia tidak tidak pernah luput dari salah dan dosa. Dan Dosa-dosa itulah yang
menjadi hijab atau pembatas antara hamba dengan Allah SWT serta Allah memandang
hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan
kasih sayang-Nya. Jika ini terjadi, segala amal ibadah serta kebajikan yang
kita lakukan tidak diterima dan tertolak. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat
nanti, Allah akan menghukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh karena itu maka
wajib hukumnya bagi setiap hamba Allah untuk segera bertaubat dengan secepatnya jika sudah
terlajur melakukan dosa dan kesalahan
.
B.Pengertian Taubat.
Menurut Lughot , Kata Taubat berasal dari bahasa Arab : Taaba – Yatuubu – Taubatan yang berarti Ruju’ yang maknanya “Kembali”.
Menurut istilah, Taubat artinya :
“Kembali dari kemaksiatan kepada ketaatan atau kembali dari jalan yang jauh
dari Alloh Saw kepada jalan yang lebih dekat kepada Alloh Swt”.
Itulah pengertian taubat. tidak
cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “ Astaghfirullahal adzim.”
Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah SWT hendak
menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses)
yang telah ditetapkan-Nya.
C. Dalil Perintah bertaubat.
Alloh Swt berfirman :
وتوبوا الى الله جميعا ايهاالمؤمنون لعلكم تفلحون
Artinya : “Dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” [ Q.s Annur : 31 ]
Nabi Saw bersabda :
من تاب قبل ان تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه
{ رواه مسلم }
Artinya
: “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat niscaya Alloh
menerima taubatnya” [HR. Muslim]
Nabi Saw bersabda :
ان الله يقبل توبة العبد مالم يغرغر {رواه الترمذي }
Artinya : “Sesungguhnya Alloh menerima taubat seorang
hamba , sebelum nyawanya sampai ditenggorokan” [ HR. Tirmidzi ]
D.SYARAT TAUBAT DARI DOSA YANG BERHUBUNGAN DENGAN ALLAH
Diantara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
- Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
- Berazam/bercita-cita bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
- Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
a. Diantara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak
puasa, mengadu nasib, minum arak, zina, judi, riba, memfitnah, mengumpat,
membunuh dan lain-lain lagi.
b. Diantara dosa-dosa kecil ialah membuka aurat, bergaul bebas antara
lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap
perkara perkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, mubadzir dan
lain-lain lagi.
Oleh sebab itu, kalaulah selama ini
kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, membuka aurat, minum
arak dan lain lain) maka kita tidak akan berbuat yang sedemikian lagi dan selanjutnya kita tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita
terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti
meninggalkan sembahyang dan tinggal puasa), maka kita tidak akan
meninggalkannya lagi. Artinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang
wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang
telah tertinggal.
E. SYARAT TAUBAT DARI DOSA YANG BERHUBUNGAB
DENGAN MANUSIA
Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungannya
dengan sesama manusia, maka syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi
ialah:
- Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
- Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
- Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia (mu’amaidh).
- Meminta maaf atau meminta ridho (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.
Secara ringkas, Dosa yang berhubungan dengan manusia dapat dibagi menjadi empat kategori yaitu:
a. Dosa yang ada hubungan dengan harta.
Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu,
dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta
maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya
atau seumpamanya.
b. Dosa yang ada hubungan dengan peribadi.
Contoh : Memukul, menempeleng, menyubit, menyiksa dengan barang-barang
tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong
anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini
semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima
hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan
hukuman di atas perbuatan kita itu.
c. Dosa yang ada hubungan dengan agamanya.
Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya,
menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain
kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
d. Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya.
Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau
zina terhadap anggota keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan
minta ridho dari keluarganya. Kalau mereka tidak ridho dan maafkan.
Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama
manusia lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat
tetapi dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.
Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikuti kaedah di atas, barulah
taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan
syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas.
Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan
diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi
dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.
Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali
kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan
pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu,
hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat
balasan Syurga di Akhirat.