Rabu, 04 Oktober 2017

TAUBAT DAN SYARAT-SYARATNYA



A.Pendahuluan
Manusia adalah tempat salah dan lupa, ia tidak tidak pernah luput dari  salah dan dosa. Dan Dosa-dosa itulah yang menjadi hijab atau pembatas antara hamba dengan Allah SWT serta Allah memandang hamba-Nya itu dengan penuh benci dan murka sehingga terhijab seluruh rahmat dan kasih sayang-Nya. Jika ini terjadi, segala amal ibadah serta kebajikan yang kita lakukan tidak diterima dan tertolak. Bahkan bukan itu saja, di Akhirat nanti, Allah akan menghukum dengan Neraka yang maha dahsyat. Oleh karena itu maka wajib hukumnya bagi setiap hamba Allah untuk segera  bertaubat dengan secepatnya jika sudah terlajur melakukan dosa dan kesalahan
.
B.Pengertian Taubat.
Menurut Lughot , Kata Taubat berasal dari bahasa Arab  :  Taaba – Yatuubu – Taubatan  yang berarti Ruju’ yang maknanya “Kembali”.
Menurut  istilah, Taubat artinya : “Kembali dari kemaksiatan kepada ketaatan atau kembali dari jalan yang jauh dari Alloh Saw kepada jalan yang lebih dekat kepada Alloh Swt”.
Itulah pengertian taubat. tidak cukup dengan hanya mengucapkan istighfar di mulut, “ Astaghfirullahal adzim.” Hati tidak merasa bersalah dan berdosa. Tidak semudah itu Allah SWT hendak menerima taubat hamba-hamba-Nya kecuali setelah menempuh syarat-syarat (proses) yang telah ditetapkan-Nya.

C. Dalil Perintah bertaubat.
Alloh Swt berfirman :
وتوبوا الى الله جميعا ايهاالمؤمنون لعلكم تفلحون
Artinya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” [ Q.s Annur : 31 ]
Nabi Saw bersabda :
من تاب قبل ان تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه { رواه مسلم }
Artinya : “Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat niscaya Alloh menerima taubatnya” [HR. Muslim]
Nabi Saw bersabda :
ان الله يقبل توبة العبد مالم يغرغر {رواه الترمذي }
Artinya : “Sesungguhnya Alloh menerima taubat seorang hamba , sebelum nyawanya sampai ditenggorokan” [ HR. Tirmidzi ]

D.SYARAT TAUBAT DARI DOSA YANG BERHUBUNGAN DENGAN ALLAH
Diantara syarat-syarat taubat yang berhubung kait dengan Allah ialah:
  1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih, dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan menyerah diri kepada-Nya.
  2. Berazam/bercita-cita bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang menjadi larangan Allah itu.
  3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada dosa besar atau dosa kecil.
a. Diantara contoh-contoh dosa besar ialah meninggalkan sembahyang, tidak puasa, mengadu nasib, minum arak, zina, judi, riba, memfitnah, mengumpat, membunuh dan lain-lain lagi.
b. Diantara dosa-dosa kecil ialah membuka aurat, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendengar nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, bercakap perkara perkara lucah, bergurau berlebih-lebihan, berkelakar, mubadzir dan lain-lain lagi.
Oleh sebab  itu, kalaulah selama ini kita terlibat dengan perbuatan yang haram (seperti riba, membuka aurat, minum arak dan lain lain) maka kita tidak akan berbuat yang sedemikian  lagi dan selanjutnya kita  tinggalkan perbuatan tersebut. Juga kalau kita terlibat dengan dosa-dosa kerana meninggalkan perkara-perkara wajib (seperti meninggalkan sembahyang dan tinggal puasa), maka kita tidak akan meninggalkannya lagi. Artinya kita terus melaksanakan perkara-perkara yang wajib dengan bersungguh-sungguh dan membayar (qadha) segala perintah wajib yang telah tertinggal.

E. SYARAT TAUBAT DARI DOSA YANG BERHUBUNGAB DENGAN MANUSIA
Sekiranya seseorang itu berbuat dosa dan kesalahan yang ada hubungannya dengan sesama manusia, maka  syarat-syarat taubat yang mesti ditempuhi ialah:
  1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat begitu.
  2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
  3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia (mu’amaidh).
  4. Meminta maaf atau meminta ridho (halal) kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil.Dosadosa sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.
Secara ringkas, Dosa yang berhubungan dengan manusia  dapat dibagi menjadi empat kategori yaitu:
a. Dosa yang ada hubungan dengan harta.
Contohnya hutang yang tidak dibayar, harta yang dicuri, dirampas, ditipu, dibinasakan dan lain-lain lagi. Ini semua mesti minta dihalalkan atau meminta maaf pada orang yang bersangkutan atau bayar hutang atau dibayar ganti ruginya atau seumpamanya.
b. Dosa yang ada hubungan dengan peribadi.
Contoh : Memukul, menempeleng, menyubit, menyiksa dengan barang-barang tajam atau binatang-binatang bisa, mencacatkan anggotanya atau memotong anggotanya, mengurung atau memenjarakannya dan lain-lain. Dosa-dosa ini semuanya mesti diminta maaf kepada orang berkenaan dan bersedia menerima hukuman mengikut ketentuan syariat sekiranya dia meminta untuk mengenakan hukuman di atas perbuatan kita itu.
c. Dosa yang ada hubungan dengan agamanya.
Misalnya memberi malu di depan khalayak ramai, mengumpat dirinya, menghinanya, menuduh dia dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar, fitnah dan lain-lain kesalahan. Ini mesti diminta maaf atau minta redha.
d. Dosa yang ada hubungan dengan keluarganya.
Contohnya kita pernah pegang-pegang, raba-raba, cium anak gadisnya atau zina terhadap anggota keluarganya dan lain-lain. Maka hendaklah minta maaf dan minta ridho dari keluarganya. Kalau mereka tidak ridho dan maafkan.
Di sini kita dapat lihat bahawa bertaubat terhadap dosa dengan sesama manusia lebih berat daripada dosa dengan Allah. Ia mesti menempuh empat syarat tetapi dosa dengan Allah hanya tempuh tiga syarat.
Semua tuntutan syariat ini mesti dibuat mengikuti kaedah di atas, barulah taubat itu diterima oleh Allah. Sungguhpun begitu bukan mudah untuk menunaikan syarat-syarat tadi melainkan setelah memiliki hati yang benar-benar ikhlas. Kalau tidak dapat menunaikan syarat-syarat ini, taubat itu tetap tidak akan diterima. Orang yang egonya tinggi amat berat untuk bertaubat. Lebih-lebih lagi dosa yang dilakukan itu terhadap sesama manusia.
Setelah bersih daripada dosa, hijab pun terangkat. Terhubunglah kembali kasih Allah yang terputus selama ini. Dia memandang hamba-Nya itu dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga rahmat-Nya melimpah ruah. Justeru itu, hiduplah si hamba yang bertaubat itu dengan penuh bahagia di dunia dan mendapat balasan Syurga di Akhirat.

EMPAT AMALAN SEBELUM TIDUR



Pesan Nabi Saw kepada Sayidah Aisyah RA :

Nabi saw berpesan kepada ‘Aisyah dengan 4 macam perkara, Melalui sabdanya :
يا عائشة لا تنامي حتى تعملي اربعة اشياء
Wahai ‘Aisyah, engkau jangan tidur dahulu sehingga engkau mengamalkan 4 perkara, yaitu :
1    1.   حتى تختمي القران
"Sehingga engkau mengkatamkan Alqur’an"

Yang dimaksud dengan menghatamkan Alqur’an, menurut Nabi saw adalah :
اذا قرات قل هوالله احد ثلاثا فكانك ختمت القران
“Apabila engkau membaca Qulhuwallohu Ahad sebanyak 3x maka seolah olah engkau telah khatam Alqu’an.
-Hikmah Q.s Al-Ikhlas [3x , 11 x] –Kisah sahabat baca qulhu setiap sholat -yasin

      2.   وحتى تجعليالانبياءلك شفيعاء يوم القيامة
"Sehingga engkau menjadikan Para Nabi memberi Syafaat kepadamu pada hari kiamat"
Supaya Para Nabi memberi syafaat caranya adalah :
وإذا صليت علي وعلى الأنبياء من قبلي فقد صرنا لك شفعاء يوم القيامة           
“Apabila engkau bersholawat kepadaku dan kepada Para Nabi Sebelumku, maka sungguh    kami akan menjadiakan engkau memperoleh syafaat pada hari kiamat”
- Allahumma shollii ‘alaa Sayyidina Muhammadin wa’alaa aliihi wajami’il Anbiyaa-i wal mursaliin] (3x)
-Sholawatan jawa -Hikmah Sholawat -Kisah Syafaat Nabi Saw dihari akhirat

      3.   وحتى تجعلي المسلمين رضين عنك
"Sehingga engkau menjadikan semua orang islam Ridlo kepadamu"

Supaya semua kaum muslimin Ridlo kepadamu, caranya adalah :
وإذا استغفرت للمؤمنين فكلهم راضون عنك           
“Apabila engkau beristigfar kepada semua kaum mukminin, berarti mereka ridlo kepadamu
-Hikmah Istighfar

4      4.  وحتى تجعلي لك حجة وعمرة
"Sehingga engkau melakukan ibadah haji dan umroh"
Supaya ibadahnya bernilai Haji dan Umroh, caranya :
وإذا قلت : سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله اكبر فقد حججت واعتمرت
“Apabila engkau berkata “Subhanalloh walhamdulillah walaa ilaaha illallohu wallohu Akbar, maka sungguh engkau sama dengan berhaji dan umroh"

Setelah selesai, baru kita membaca Doa Sebelum Tidur (Bismikalloohumma ahya wabismika wa amuut).
Keterangan :
-Q.s Al-ikhlas baik sekali untuk bacaan sholat (kisah sahabat Nabi), ziarah, dan sebelum tidur.
-Tidur harus diniati untuk istirahat supaya tubuh bisa dipakai untuk ibadah, sehingga tidurnya menjadi ibadah; seperti qoilulah (tidur sebentar waktu siang), tidur malam supaya bisa sholat subuh dengan tenang dan khusyu’. (Naumul ‘alim khirun min ‘ibadatil jahil = Kisah setan lari karena melihat Ali bin abi tholib sedang tidur).